Selasa, 25 Oktober 2011

Kadang-kadang kita patut malu dengan haiwan

Assalammualaikum..
salam sejahtera..

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk meletakkan diri pada tahap yang terbaik.
Persoalannya sama ada kita nak atau tidak.
Persoalannya sama ada kita sedar atau tidak.

Berbalik pada tajuk..
Kadang-kadang kita patut malu dan segan kepada haiwan sebab apa??
Sebab tak pernah lagi kita dengar haiwan buang anak..
yang selalu kita dengar ialah
MANUSIA YANG BUANG ANAK..
kerana alasan malu dengan anak yang dilahirkan itu?
semasa melakukan perkara tidak senonoh dari itu tiada pula rasa malu..
kemana hilang nya nilai murni yang diajar ibu dan bapa ketika masih mentah..
sudah lupakah??
Masih layakkah mereka yang berkelakuan sebegitu digelar ibu atau ayah suatu masa nanti??

Sedarlah wahai kalian dunia semakin tua tetapi perangai kalian masih lagi berada pada takuk lama..



KASIH SAYANG,
seolah melahirkan rasa manusia pada binatang,
sebenarnya itulah naluri kurniaan Allah SWT.
tanpanya jadilah manusia binatang.

Tak kira helang atau pipit..
Binatang buas atau jinak..
Di daratan atau di lautan.
Semuanya ada kasih sayang.
Tetapi, jika salahguna kasih sayang..
Manusia jadi binatang..
Bahkan lebih hina lagi..

lagi bagus jika babi ini yang menjadi manusia

Dari manusia yang berperangai babi membuang bayi yang tidak bersalah  seperti ini




“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Az-Zumar: 53).

2 ulasan:

NasZ berkata...

tak sanggup tengok gmbar bayi tu. sedihnya.

aimie amalina berkata...

kadang2 x paham
duniani dh terbalik ke
haiwan jadi manusia ke manusia jadi haiwan
sedih melihat
sedihlagi keluarga yang menanggung..