Selasa, 25 Oktober 2011

Kadang-kadang kita patut malu dengan haiwan

Assalammualaikum..
salam sejahtera..

Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk meletakkan diri pada tahap yang terbaik.
Persoalannya sama ada kita nak atau tidak.
Persoalannya sama ada kita sedar atau tidak.

Berbalik pada tajuk..
Kadang-kadang kita patut malu dan segan kepada haiwan sebab apa??
Sebab tak pernah lagi kita dengar haiwan buang anak..
yang selalu kita dengar ialah
MANUSIA YANG BUANG ANAK..
kerana alasan malu dengan anak yang dilahirkan itu?
semasa melakukan perkara tidak senonoh dari itu tiada pula rasa malu..
kemana hilang nya nilai murni yang diajar ibu dan bapa ketika masih mentah..
sudah lupakah??
Masih layakkah mereka yang berkelakuan sebegitu digelar ibu atau ayah suatu masa nanti??

Sedarlah wahai kalian dunia semakin tua tetapi perangai kalian masih lagi berada pada takuk lama..



KASIH SAYANG,
seolah melahirkan rasa manusia pada binatang,
sebenarnya itulah naluri kurniaan Allah SWT.
tanpanya jadilah manusia binatang.

Tak kira helang atau pipit..
Binatang buas atau jinak..
Di daratan atau di lautan.
Semuanya ada kasih sayang.
Tetapi, jika salahguna kasih sayang..
Manusia jadi binatang..
Bahkan lebih hina lagi..

lagi bagus jika babi ini yang menjadi manusia

Dari manusia yang berperangai babi membuang bayi yang tidak bersalah  seperti ini




“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Az-Zumar: 53).

Isnin, 24 Oktober 2011

Sebuah Permulaan..

Assalammualaikum..
Salam Sejahtera..

Hanya sedikit bicara pada permulaannya..
bermula dengan perkenalan diri..

Cukup hanya mengenali aku sebagai Amal..
kewujudan aku hanya disini..
Amal tiada didunia nyata..
Belum masa untuk aku perkenalkan diri biar hanya penulisan yang memgambarkan aku..

Permulaan ini seperti permulaan sebuah kelahiran..
Jika dianalogikan sebuah kelahiran manusia tentu kelahiran itu tidak datang begitu sahaja melain kan
adanya satu proses minimun selama sembilan bulan sehingga menyisakan rahim kandungan nya...
Selesai dilahirkan bayi itu perlu dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang..
Seperti yang kita tahu bayi itu ibarat seperti kain putih ibu bapa yang mencorakkan mereka menjadi seoarng insan yang baik atau tidak..

Begitu juga dengan kelahiran sesuatu blog..
ia perlukan sebuah perancangan yang jitu supaya tidak terpesong pada niat yang sebenar ianya perlu dicoretkan dengan berhati-hati supaya tidak dipersalahkan dikemudian hari..
Walaupun tiada manusia yang sempurna dalam mengatur segala-galanya sekurang-kurangnya kita cuba untuk membuatkan ianya kelihatan sempurna...

Akhir bicara..
maaf jika ada salah dimana-mana..
kerana
Yang Baik Datangnya Dari Allah Dan Yang Buruk Datangnya Dari aku sendiri ...
Sekian Wassalam..